Perubahan Kurikulum Dalam Arus Globalisasi

Sunday 12 August 2012
Arus globalisasi tanpa sempadan turut membawa perubahan dalam pendidikan. Perubahan pendidikan dapat dilihat dari aspek kurikulum. Antara perubahan yang berjaya dilaksanakan ialah kewujudan Sekolah Bestari. Kewujudan sekolah ini berteraskan proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan multimedia.Pemupukan secara tidak langsung ini akan mendedahkan kepada murid bahawa kepenggunaan teknologi pada masa kini merupakan perkara yang sangat penting. Perubahan lain ialah penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Hal ini memudahkan murid dan guru mengakses maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Perubahan berikutnya ialah program Smart Lab.Program ini menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.Melalui program ini murid akan lebih terkesan dengan pembelajaran yang dijalankan. Murid akan lebih berminat dengan pembelajaran harian.Seterusnya program yang dirangka merupakan Projek Sekolah Vista. Projek ini mengandungi perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik. Ini akan mendedahkan kepada murid tentang pengaplikasian teknologi. Penyampaian pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan tersusun dengan menggunakan perisian teknologi ini.

0 comments:

Post a Comment