Definisi Globalisasi

Sunday 12 August 2012
Globalisasi bermaksud suatu proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sempadan. Proses ini membabitkan pengaplikasian teknologi secara menyeluruh agar penyampaian maklumat akan menjadi lebih cepat dan terkini. Di bawah adalah beberapa definisi daripada beberapa pandangan tokoh sarjana islam dan barat tentang globalisasi ini.Berdasarkan Kamus Dewan ( 1995: 548 ) dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum,keseluruhan, sejagat atau menyeluruh. Mittlemen ( 1996 ) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu fenomena sejagat. Globalisasi merupakan satu proses rentas sempadan dan pelbagai struktur yang membolehkan politik, ekonomi, budaya dan idealogi sesebuah negara menembusi ( politik, ekonomi, budaya dan idealogi) negara-negara lain. Trezzini ( 2001 ) mentakrifkan bahawa globalisasi merupakan integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan peggunaan. Prof. Chandra Muzaffar ( 2010 )mendefinisikan globalisasi merupakan satu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional. Dr. Taha Jabir Alwani ( 1991 ) pula berpendapat globalisasi merupakan satu usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk mewujudkan centralization untuk memaksa agenda ekonomi, sosial, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Kuasa tersebut akan memandu atau memimpin negara-negara lain dengan acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran. Kesimpulannya dapatlah ditakrifkan bahawa globalisasi merupakan satu kuasa yang menekankan pelbagai aspek merangkumi politik, negara, ekonomi, sosial dan sebagainya untuk kepentingan yang tertentu. Globalisasi juga merangkumi perkembangan teknologi yang mampu mencerminkan identiti sesebuah negara. Negara yang mengikut arus globalisasi dikatakan sebuah negara yang membangun kerana mengikuti peredaran dan perubahan semasa.

0 comments:

Post a Comment