Sekadar Renungan Bersama...

Monday 13 August 2012

Sumber Rujukan Tajuk Tonggak Pendidikan UNESCO ( Internet )

1 )http://www.scribd.com/doc/58532793/EDU-3109 2 )http://www.scribd.com/doc/58532290/Guru-Dan-Cabaran-Semasa-Bab-1 3 )http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2006/SitiZ06.pdf 4)http://eprints.utm.my/11803/1/Satu_Kajian_Cabaran_Guru_Di_Sekolah_Pedalaman_Daerah_Muar.pdf 5) http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

Sumber Rujukan Tajuk Tonggak Pendidikan UNESCO ( Buku )

1 ) Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah ( 2010 ), Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Oxford Fajar,Selangor Darul Ehsan. 2 ) Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid ( 2010 ), Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar, Selangor Darul Ehsan

Cabaran dan Kesan UNESCO ( Multiflow Maps )

CABARAN DAN KESAN UNESCO

Kejayaan Sekolah Menurut UNESCO ( Bubble Maps )

KEJAYAAN SEKOLAH MENURUT UNESCO

Tujuan Tonggak Pendidikan UNESCO (Bubble Maps)

TUJUAN TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Tonggak Pendidikan UNESCO ( Tree Maps )

TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

Sumber Rujukan Tajuk Globalisasi ( Internet )

1) http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-pendidikan-di-negara-ini/ 2) http://cheguabbas.blogspot.com/2011/06/edu3109-guru-dan-cabaran-semasa-bab-1.html 3)http://nine.gapuranetwork.net/2011/07/29/isu-isu-penting-pendidikan-di-negara-malaysia/ 4)http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

Sumber Rujukan Tajuk Globalisasi ( Buku )

Buku 1 )Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah ( 2010 ), Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Oxford Fajar,Selangor Darul Ehsan. 2) Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid ( 2010 ), Guru dan Cabaran Semasa. Oxford Fajar, Selangor Darul Ehsan.

Persediaan Menghadapi Globalisasi ( Multi Flow Maps )

Sunday 12 August 2012
PERSEDIAAN MENGHADAPI GLOBALISASI

Cabaran Guru Dalam Globalisasi Pendidikan

Dalam arena globalisai ini, pendidikan memainkan peranan penting dalam menjadi ejen pelaksanaan pelan tindakkan globalisasi yang dirancang. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah peningkatan perkembangan profesionalisme. Guru perlu memantapkan diri dengan kelulusan atau ilmu setara dengan era globalisasi yang dihadapi. Cabaran yang kedua ialah mengemaskini makluamt agar setara dengan perkembangan maklumat yang terkini. Contohnya guru perlu mengetahui isu-isu semasa agar kelihatan seperti seorang ikon yang berpengetahuan luas dan berilmu. Cabaran ketiga ialah menghasilkan modal insan yang dapat bersaing. Ini merupakan cabaran yanga agak sukar bagi seorang pendidik. Guru yang hebat mampu melahirkan individu yang berdaya saing terutama dalam arena globalisasi yang serba mencabar ini. Cabaran seterusnya ialah melakukan transformasi kurikulum. Guru perlu melaksanakan strategi pendidikan yang berkesan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan mudah mengikut arus peredaran zaman.

Cabaran Guru Dalam Globalisasi Pendidikan (Tree Map)


CABARAN GURU DALAM GLOBALISASI PENDIDIKAN



Perubahan Kurikulum Dalam Arus Globalisasi

Arus globalisasi tanpa sempadan turut membawa perubahan dalam pendidikan. Perubahan pendidikan dapat dilihat dari aspek kurikulum. Antara perubahan yang berjaya dilaksanakan ialah kewujudan Sekolah Bestari. Kewujudan sekolah ini berteraskan proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan multimedia.Pemupukan secara tidak langsung ini akan mendedahkan kepada murid bahawa kepenggunaan teknologi pada masa kini merupakan perkara yang sangat penting. Perubahan lain ialah penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Hal ini memudahkan murid dan guru mengakses maklumat yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Perubahan berikutnya ialah program Smart Lab.Program ini menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.Melalui program ini murid akan lebih terkesan dengan pembelajaran yang dijalankan. Murid akan lebih berminat dengan pembelajaran harian.Seterusnya program yang dirangka merupakan Projek Sekolah Vista. Projek ini mengandungi perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik. Ini akan mendedahkan kepada murid tentang pengaplikasian teknologi. Penyampaian pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan tersusun dengan menggunakan perisian teknologi ini.

Perubahan Kurikulum dalam Arus Globalisasi ( Brace Maps )

PERUBAHAN KURIKULUM DALAM ARUS GLOBALISASI

Impak Positif dan Negatif Globalisasi

Dalam era globalisasi ini, wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya. Globalisasi juga akan meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti masyarakat. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-negara membangun lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut. Namun begitu, arus globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan sejagat. Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini perlu dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi. Seterusnya ialah penularan kes-kes jenayah siber. Perkara ini sering berlaku kerana ada individu yang sanggup berbuat demikian bagi mencari keuntungan berlipat ganda dengan cara yang mudah. Ramai yang akan tertipu dengan penggunaan propaganda yang menarik tetapi memerangkap diri. Kita perlu menjauhkan diri dengan pelbagai kes jenayah siber seperti skim cepat kaya dan sebagainya agar tidak menyesal dikemudian hari. Impak negatif lain ialah manusia lebih mengharapkan kecekapan teknologi daripada kecekapan diri sendiri. Sikap kebergantungan ini semakin hari semakin serius. Banyak mesin yang dicipta bagi menggantikan kudrat manusia. Harus diperingatkan disini bahawa tidak semua kerja atau beban perlu diselesaikan dengan menggunakan mesin atau robot. Sikap sebegini akan lebih membuat manusia malas dan tidak peka terhadap sesuatu perkara. Melalui globalisasi juga impak negatif ketara dilihat pada negara-negara yang mundur. Ini kerana kurangnya faktor jaringan perhubungan atau teknologi melingkungi negara tersebut. Akibatnya, negara ini saling ditindas oleh negara yang lebih membangun.

Impak Positif dan Negatif Globalisasi ( Double Bubble Maps )

IMPAK POSITIF DAN NEGATIF GLOBALISASI

Konsep Globalisasi

Konsep globalisasi menekankan proses penyingkiran sekatan atau batasan bagi mewujudkan sebuah negara yang terbuka dan tanpa sempadan. Konsep globalisasi ini diamalkan sepenuhnya oleh negara-negara maju bagi mewujudkan saingan yang pesat diantara negara-negara ini. Globalisasi yang terancang dan terkawal akan mewujudkan individu modal insan kelas pertama. Modal insan kelas pertama ini akan memacu negara kearah pembangunan lestari. Globalisasi amat menekankan pengaplikasian teknologi sepenuhnya. Pengaplikasian teknologi memberikan imej sebuah negara membangun. Pembangunan teknologi juga memperlihat skala pembangunan sesebuah negara. Antara sektor yang menerima kesan globalisasi adalah pendidikan. Sektor ini secara automatiknya mengalami transformasi yang pesat diarus globalisasi ini. Ini kerana pembangunan pendidikan mempunyai modal teknologi yang tinggi dalam menyampaikan pengajaran.

Konsep Globalisasi ( Circle Maps )


KONSEP GLOBALISASI SECARA MENYELURUH


Definisi Globalisasi

Globalisasi bermaksud suatu proses mengetepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka dan tanpa sempadan. Proses ini membabitkan pengaplikasian teknologi secara menyeluruh agar penyampaian maklumat akan menjadi lebih cepat dan terkini. Di bawah adalah beberapa definisi daripada beberapa pandangan tokoh sarjana islam dan barat tentang globalisasi ini.Berdasarkan Kamus Dewan ( 1995: 548 ) dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum,keseluruhan, sejagat atau menyeluruh. Mittlemen ( 1996 ) berpendapat bahawa globalisasi merupakan suatu fenomena sejagat. Globalisasi merupakan satu proses rentas sempadan dan pelbagai struktur yang membolehkan politik, ekonomi, budaya dan idealogi sesebuah negara menembusi ( politik, ekonomi, budaya dan idealogi) negara-negara lain. Trezzini ( 2001 ) mentakrifkan bahawa globalisasi merupakan integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan peggunaan. Prof. Chandra Muzaffar ( 2010 )mendefinisikan globalisasi merupakan satu proses yang melibatkan negara, modal, perkhidmatan sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional. Dr. Taha Jabir Alwani ( 1991 ) pula berpendapat globalisasi merupakan satu usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk mewujudkan centralization untuk memaksa agenda ekonomi, sosial, politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Kuasa tersebut akan memandu atau memimpin negara-negara lain dengan acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran. Kesimpulannya dapatlah ditakrifkan bahawa globalisasi merupakan satu kuasa yang menekankan pelbagai aspek merangkumi politik, negara, ekonomi, sosial dan sebagainya untuk kepentingan yang tertentu. Globalisasi juga merangkumi perkembangan teknologi yang mampu mencerminkan identiti sesebuah negara. Negara yang mengikut arus globalisasi dikatakan sebuah negara yang membangun kerana mengikuti peredaran dan perubahan semasa.

Hasil Pembelajaran Subtajuk Globalisasi

Saturday 11 August 2012
Pada penghujung tajuk ini, anda akan lebih memahami :
  • Definisi globalisasi
  • Konsep globalisasi
  • Impak positif dan negatif globalisasi
  • Perubahan kurikulum dalam arus globalisasi
  • Cabaran guru dalam globalisasi pendidikan

..Selamat Datang Ke Blog Kami..

Blog ini dibangunkan bertujuan untuk berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan tajuk Bab 1 dalam subjek Guru dan Cabaran Semasa Semester Lapan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP ). Globalisasi dan Tunggak Pendidikan UNESCO merupakan teras pembangunan blog ini. Diharap dengan perkongsian ilmiah ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua.InsyaAllah.....